TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN
Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor pertanian. Pelbagai ciptaan sains diselidik, direka dan digunapakai dalam sektor pertanian. Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih baik dan meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian.
Penemuan ciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor pertanian dalam negara kita kerana dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih bermutu. Tambahan pula baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa penggunaan baja organik dapat menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti. Sebagai contoh, penggunaan baja organik telah meningkatkan kualiti hasil tanaman ialah hasil tanaman buah-buahan yang tidak mengandungi biji. Hal ini telah memberi kemudahan kepada kiata terutamanya untuk makan dengan senang dan selamat bagi kanak-kanak untuk memakan buah-buahan tersebut.
Selain itu, Kaedah yang digunakan kini iaitu menggunakan jentera mesin untuk menghasilkan hasil tanaman juga merupakan kemudahan yang kita dapat dari kemajuan sains dan teknologi. Dengan kemudahan jentera mesin, para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping menjimatkan tenaga dan masa. Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah. Sebagai contoh, jentera memproses padi. Masalah kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi memandangkan jumlah penduduk di negara kita semakin bertambah. Jentera memproses padi dapat memungut hasil tuaian dengan cepat dan berkuantiti banyak.
Di samping itu, Kaedah cara kawal perosak juga telah memberi peningkatan dari segi kualiti hasil pertanian iaitu hasil pertanian lebih baik dan sempurna. Jika dahulu,tanpa penggunaan kaedah dari sains dan teknologi, ramai petani terpaksa menggunakan tenaga manusia untuk menghindari hasil tanaman diganggu burung. Tetapi tanaman masih diganggu oleh ulat yang menyebabkan kerosakan pada tanaman. Kaedah tanaman realistik maju dengan cara kawal perosak dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga di samping menambah baik kualiti tanaman.
Kejayaan bioteknologi telah banyak melahirkan kaedah/teknik pertanian dan pembiakan haiwan yang maju umpamanya kacukan baka, pengklonan, hidroponik, aeroponik dan banyak lagi. Dikatakan walaupun teknologi ini baru kedengaran pada kita hari ini, teknologi ini sebenarnya telah lama digunakan sebelum dipopularkan kembali oleh saintis-saintis hari ini. Terdapat pelbagai kepentingan bioteknologi kepada manusia, diantaranya dalam bidang pertanian. Melalui bioteknologi kualiti dan kuantiti hasil pertanian dapat ditingkatkan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan para petani moden pada masa kini. Jesteru itu, taraf hidup manusia akan dapat ditingkatkan. Contoh bioteknologi pertanian adalah penghasilan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji. Selain itu, bioteknologi dalam bidang pertanian dapat meningkatkan kandungan protein dan vitamin dalam produk pertanian. Keadaan ini akan dapat meningkatkan nilai diet manusia dan seterusnya dapat menjadikan manusia lebih sihat dan lebih tahan terhadap serangan penyakit.
Nanoteknologi juga banyak memberi sumbangan dalam bidang pertanian meliputi bidang penanaman dengan penghasilan baja dan zat penggalak, sistem kawalan menggunakan nanoteknologi, keselamatan makanan, sistem kawalan penyakit, kawalan alam sekitar dan lain-lain. Terdapat banyak produk berasaskan nanoteknologi berkaitan dengan pertanian dan industri asas tani sedang dibangunkan dan ada di antaranya telah memasuki pasaran. Baja pelepasan perlahan yang berkecekapan tinggi telah digunakan secara meluas dalam bidang pertanian di Eropah,Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan. Beberapa syarikat perladangan besar di Malaysia juga telah mula berminat dalam penggunaan baja jenis ini. Baja jenis ini dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian yang memberangsangkan di samping menjimatkan perbelanjaan. Bahan pengaktif-nano atau perangsang-nano yang berfungsi sebagai perangsang penghasilan buah juga merupakan di antara produk nanoteknologi yang telah dipasarkan dan mendapat permintaan tinggi dalam pertanian moden. Ia dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian dari 20 peratus sehingga 50 peratus. Alat penderia-nano jenis penderia-kimia berasaskan bahan berstruktur-nano telah diguna bagi menentukan keberkesanan penggunaan baja dalam sektor perladangan. Selain dari itu juga alat pengesan ini digunakan bagi memantau sisa racun serangga di dalam air, ia amat berfaedah bagi memastikan pencemaran air di kawasan pertanian dan persekitarannya. Penggunaan zarah-nano dalam sistem pengangkut di dalam tanah, air dan pokok juga merupakan teknologiyang mesti diterokai bagi mengembangkan lagi penggunaan nanoteknologi.
Kesimpulanya, Tanpa sains dan teknologi mungkin cara bertani sektor pertanian masih di tahap yang lama dan tidak dapat dimajukan.Tanpa sains dan teknologi juga mengakibatkan negara kita boleh kekurangan bahan makanan melalui pertanian memandangkan rakyat Malaysia semakin meningkat jumlahnya dari tahun ke tahun.
12 comments:
Assalamualaikum, tidak dinafikan bahawa dunia pada masa kini memerlukan teknologi serta inovasi dalam pelbagai bidang, termasuklah dalam bidang pertanian. Pertanian moden memberikan pelbagai faedah dalam meningkatkan mutu serta hasil pengeluaran produk pertanian negara. Seperti yang diperkatakan oleh saudara, cara bertani sektor pertanian masih di tahap yang lama dan tidak dapat dimajukan sekiranya tiada sains dan teknologi serta inovasi dalam bidang ini.
Salam, kejayaan negara dalam sektor pertanian pada hari ini dilihat sebagai suatu prestasi yang amat membanggakan. Permintaan rakyat terhadap sumber pertanian pasti akan meningat dari tahun ke tahun. Dengan mempunyai teknologi dan inovasi yang secukupnya dalam bidang ini maka, keperluan rakyat dapat dipenuhi serta dicapai. Penggunaan teknologi seperti nanoteknologi mampu untuk meningkatkan lagi mutu serta kualiti sumber pertanian yang diperlukan. Oleh yang demikian, tidak salah lagi jika pihak kerajaan ingin melabur dengan lebih banyak di dalam penyelidikan sektor ini pada masa hadapan.
Nama: NUR SALWANI BINTI MISLAN
No Matriks: A132969
maaf, lupa sertakan nama dan no matriks,
Nama: Mubin Nafis Bin Hamidon
No Matriks: A134241
memang tidak dinafikan, sains dan teknologi banyak membantu Malaysia ke arah kemajuan bukan sahaja dalam sektor pertanian malah dalam sektor-sektor lain juga.
sambungan
sehubungan dengan itu, saya amat bersetuju dengan topik yang diutarakan oleh saudara. sekian terima kasih.
Nama: Nor Madihah Binti Abd Rahman
No. Matrik: A133955
Kemajuan negara juga dapat dilihat melalui bidang pertanian malah bukan hanya dalam bidang pembangunan negara. Sehubungan ini, pengaplikasian bidang teknologi dalam bidang pertanian telah membawa perubahan yang positif bagi perkembangan indusrti tani di negara kita. Di samping itu, pertanian secara teknologi moden juga mampu menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang pertanian pada masa ini. Hal ini kerana pertanian yang di jalankan lebih menyenangkan berbanding dengan pertanian tradisional yang dilakukan pada masa dahulu.
Nama : Siti NurFazila Binti Jusoh @ Yusof.
Matrik: A133564
Teknologi pertanian memiliki pelbagai kebaikan antaranya adalah:
a)dengan teknologi ini kami dapat mengurangkan pencemaran terhadap bumi kita. Misalnya penanaman hidroponik, melalui air nutrient yang disalurkan kepada tumbuhan yang ditanam diatasnya, kita boleh mengurangkan penggunaan tanah kita yang berharga. Hal ini demikian kerana jika penggunaan tanah yang terlalu kerap akan menyebabkan tanah tandus dan dengan demikian tanah tersebuty tidak boleh digunakan semula lagi.
b) Teknologi pertanian ini juga dapat membantu para petani untuk meningkatkan pengeluaran mereka dalam jangka masa yang pendek. Pada suatu ketika dahulu, sebelum sebarang teknologi pertanian diperkenalkan, masa yang lama diperlukan bagi mendapatkan tanaman. Namun demikian, kini pelbagai jenis tanaman dapat dinikmati oleh kita tanpa mengira musim ataupun masa.
c)Teknologi pertanian ini juga memberikan kebaikan,pelbagai jenis tanaman yang tidak dapat ditanam oleh negara kita pada masa dahulu kini dapat ditanam dinegara kita. kesemua ini disebabkan oleh teknologi pertanian dalam mengubahsuai genetik tumbuhan tersebut. Sebagai contoh buah strawberi dan buah rock melon merupakan antara contoh terbaik pengubahsuaian genetik yang menyebabkan ianya dapat ditanam di negara kita. Pengubahsuaian genetik ini bukan sahaja dapat membantu dalam mempelbagaikan jenis tanaman yang boleh ditanam tetapi juga dapat meningkatkan mutu tanaman itu sendiri. Sebagai kita semua tahu, negara kita merupakan antara negara pengeluar minyak sawit yang terkenal. Negara kita mampu mengubahsuai genetik dua jenis spesies kelapa sawit untuk mendapatkan pengeluaran yang terbaik. Oleh itulah kebaikan dengan adanya teknologi dalam pertanian.
Anis Hanani Bt. Zakri
A133594
satu hujah yang sangat menarik...pelajar hari ini tidak boleh mengatakan tiada kerja untuk dijadikan alasan menganggur. bidang ini boleh diceburi dan dapat menguntungkan diri sendiri seterusnya negara.
Aziatul Azida Binti Meh
A133096
Teknologi dalam pertanian sememangnya banyak membantu para petani dalam meningkatkan hasil pertanian. Malah teknologi juga dapat meringankan beban para petani dalam mengusahakan hasil pertanian. Sebagai contoh dengan adanya teknologi yang kian canggih,penanaman padi dapat dihasilkan hampir 3 kali dalam masa satu tahun.
Nor Syafiqah Mhd Sabri
A133338
Post a Comment