TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN
Sains dan teknologi banyak membantu memajukan negara terutamanya dalam sektor pertanian. Pelbagai ciptaan sains diselidik, direka dan digunapakai dalam sektor pertanian. Sains dan teknologi banyak memudahkan para petani untuk menghasilkan kualiti hasil tanaman lebih baik dan meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian.
Penemuan ciptaan baja organik pada suatu masa dahulu telah membantu sektor pertanian dalam negara kita kerana dapat menghasilkan hasil tanaman yang lebih bermutu. Tambahan pula baja organik ini telah diuji sebelum ini dan terbukti bahawa penggunaan baja organik dapat menghasilkan tanaman yang lebih berkualiti. Sebagai contoh, penggunaan baja organik telah meningkatkan kualiti hasil tanaman ialah hasil tanaman buah-buahan yang tidak mengandungi biji. Hal ini telah memberi kemudahan kepada kiata terutamanya untuk makan dengan senang dan selamat bagi kanak-kanak untuk memakan buah-buahan tersebut.
Selain itu, Kaedah yang digunakan kini iaitu menggunakan jentera mesin untuk menghasilkan hasil tanaman juga merupakan kemudahan yang kita dapat dari kemajuan sains dan teknologi. Dengan kemudahan jentera mesin, para petani dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak di samping menjimatkan tenaga dan masa. Penggunaan jentera mesin juga dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti dengan cepat dan mudah. Sebagai contoh, jentera memproses padi. Masalah kekurangan beras dapat dielakkan dengan penggunaan jentera memproses padi memandangkan jumlah penduduk di negara kita semakin bertambah. Jentera memproses padi dapat memungut hasil tuaian dengan cepat dan berkuantiti banyak.
Di samping itu, Kaedah cara kawal perosak juga telah memberi peningkatan dari segi kualiti hasil pertanian iaitu hasil pertanian lebih baik dan sempurna. Jika dahulu,tanpa penggunaan kaedah dari sains dan teknologi, ramai petani terpaksa menggunakan tenaga manusia untuk menghindari hasil tanaman diganggu burung. Tetapi tanaman masih diganggu oleh ulat yang menyebabkan kerosakan pada tanaman. Kaedah tanaman realistik maju dengan cara kawal perosak dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga di samping menambah baik kualiti tanaman.
Kejayaan bioteknologi telah banyak melahirkan kaedah/teknik pertanian dan pembiakan haiwan yang maju umpamanya kacukan baka, pengklonan, hidroponik, aeroponik dan banyak lagi. Dikatakan walaupun teknologi ini baru kedengaran pada kita hari ini, teknologi ini sebenarnya telah lama digunakan sebelum dipopularkan kembali oleh saintis-saintis hari ini. Terdapat pelbagai kepentingan bioteknologi kepada manusia, diantaranya dalam bidang pertanian. Melalui bioteknologi kualiti dan kuantiti hasil pertanian dapat ditingkatkan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan para petani moden pada masa kini. Jesteru itu, taraf hidup manusia akan dapat ditingkatkan. Contoh bioteknologi pertanian adalah penghasilan buah jambu batu dan tembikai tanpa biji. Selain itu, bioteknologi dalam bidang pertanian dapat meningkatkan kandungan protein dan vitamin dalam produk pertanian. Keadaan ini akan dapat meningkatkan nilai diet manusia dan seterusnya dapat menjadikan manusia lebih sihat dan lebih tahan terhadap serangan penyakit.
Nanoteknologi juga banyak memberi sumbangan dalam bidang pertanian meliputi bidang penanaman dengan penghasilan baja dan zat penggalak, sistem kawalan menggunakan nanoteknologi, keselamatan makanan, sistem kawalan penyakit, kawalan alam sekitar dan lain-lain. Terdapat banyak produk berasaskan nanoteknologi berkaitan dengan pertanian dan industri asas tani sedang dibangunkan dan ada di antaranya telah memasuki pasaran. Baja pelepasan perlahan yang berkecekapan tinggi telah digunakan secara meluas dalam bidang pertanian di Eropah,Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan. Beberapa syarikat perladangan besar di Malaysia juga telah mula berminat dalam penggunaan baja jenis ini. Baja jenis ini dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian yang memberangsangkan di samping menjimatkan perbelanjaan. Bahan pengaktif-nano atau perangsang-nano yang berfungsi sebagai perangsang penghasilan buah juga merupakan di antara produk nanoteknologi yang telah dipasarkan dan mendapat permintaan tinggi dalam pertanian moden. Ia dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian dari 20 peratus sehingga 50 peratus. Alat penderia-nano jenis penderia-kimia berasaskan bahan berstruktur-nano telah diguna bagi menentukan keberkesanan penggunaan baja dalam sektor perladangan. Selain dari itu juga alat pengesan ini digunakan bagi memantau sisa racun serangga di dalam air, ia amat berfaedah bagi memastikan pencemaran air di kawasan pertanian dan persekitarannya. Penggunaan zarah-nano dalam sistem pengangkut di dalam tanah, air dan pokok juga merupakan teknologiyang mesti diterokai bagi mengembangkan lagi penggunaan nanoteknologi.
Kesimpulanya, Tanpa sains dan teknologi mungkin cara bertani sektor pertanian masih di tahap yang lama dan tidak dapat dimajukan.Tanpa sains dan teknologi juga mengakibatkan negara kita boleh kekurangan bahan makanan melalui pertanian memandangkan rakyat Malaysia semakin meningkat jumlahnya dari tahun ke tahun.